Rabu, 26 Juni 2013

‘‘PERINGATAN BUAT KITA YANG LUPA’’

Pertama;
Tahajjud. Karena kemuliaan seorang mukmin
terletak pada tahajjudnya.
Kedua;
Melazimi al-Quran & zikir al-Mathurat sebelum
terbit & terbenam matahari.
Ketiga;
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah
kekuatan mukmin, muslim yang utuh.
Keempat;
Jaga solat dhuha kerana rezeki terletak pada
solat dhuha.
Kelima;
Jaga sedekah setiap hari, walaupun hanya
dengan sekuntum senyuman.
Keenam;
Jaga wudhuk terus menerus karena Allah SWT
menyayangi hamba-Nya yang berwudhuk.
Ketujuh;
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus
segala dosa dan noda.
Kelapan;
Perbaharui azam dan tekad untuk terus
berkhidmat karena Allah S.W.T.
Kesembilan;
Senantiasa ceria dan berfikiran positif karena
itulah watak seorang mukmin sejati.
Kesepuluh;
Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus
kerana Allah S.W.T. kerana di situlah
terletaknya nilai amalan di sisi-Nya.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin, sebarkan catatan ini kepada
saudara Muslim yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah mati.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India | batu akik | vsi