Senin, 23 September 2013

Khasiat surat yasin

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang
bermaksud: “Bacalah surah Yasin karena ia
mengandungi keberkatan.” yaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin,
ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat
pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat
jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan
takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat
kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang
ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah
meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya,
hilang rasa hausnya.
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit,
terhindar daripada penyakitnya.
11.Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya
setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-
Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah
Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya
seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10
kali.”
12.Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila
datang ajal orang yang suka membaca surah
Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa
malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya
diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya.”
13.Malaikat Maut tidak mahu memaksa
mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari
syurga membawa minuman untuknya. Ketika
dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya
dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa
bahagia dan tidak merasa sakit ketika
nyawanya diambil.
14.Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya:
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat
pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat
pertama surah Yaasin dan rakaat kedua
Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan
menerima suratan amalannya di tangan kanan
dan diberi kesempatan membela 70 orang
daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang
meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang
yang munafik.
Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal
kita perolehi melalui bacaan surah Yasin,
seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin
umpama hati kepada al-Quran. Sudah
semestinya salah satu cara untuk mendekatkan
diri kepada seseorang pastinya melalui hati,
oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita
kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan
Yasin. InsyaAllah

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India | batu akik | vsi